Penghantar barang mengaku bersalah gagal patuh award TTPM

Penghantar barang mengaku bersalah gagal patuh award TTPM

SAHARUDIN Anuar Abu Hasan, hadir ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi berdepan pertuduhan gagal mematuhi Award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM17,500 kepada seorang penuntut.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penghantar barang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi kerja pembaikan rumah terbengkalai berjumlah RM17,500 kepada seorang penuntut pada 2022.

Saharudin Anuar Abu Hasan, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Noor Hafiza Ishak. 

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa gagal mematuhi award TTPM bertarikh 22 Mac 2022 yang memerintahkannya membayar RM17,500 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh serahan award. 

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat TTPM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Seremban 2, di sini pada 28 Oktober 2022.

Sehubungan itu, dia telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, tiada hukuman ditetapkan pada prosiding hari ini dan Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Janawatul Fieza Hamisan memohon tarikh lain untuk sebutan fakta kes serta hukuman.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×