SEREMBAN: Seorang lelaki yang juga pengarah syarikat mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta selepas wang syarikat dan simpanannya lesap selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian antara bulan April dan Mei lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Hatta Che Din berkata, hasil daripada laporan diterima, mangsa yang berusia 45 tahun telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan individu yang tidak dikenali dan telah menyertai pelaburan secara dalam talian. …










