PETALING JAYA: Takbir Aidiladha tetap bermakna bagi penduduk Palestin yang tetap kukuh memperjuangkan hak dan negara mereka daripada penindasan rejim Israel. Dalam masa sama penduduk Palestin tetap berusaha mencari syafaat Aidiladha walaupun tidak diwajibkan dengan mereka mencari saki-baki haiwan untuk dijadikan haiwan korban. Pengerusi Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, warga Palestin tetap menjalankan ibadah korban walaupun dalam keadaan serba kekurangan tetapi mereka tetap akan mengadakan takbir dan tahmid. “Sekitar Deir…










