REMBAU: Seorang pelajar dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor yang mengalami kecederaan selepas mendaki Gunung Datuk di sini diselamatkan anggota bomba dalam kejadian pagi tadi. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Pegawai Bomba Tinggi, Zaini Saleh, pelajar wanita berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian buku lali dan kaki kiri. “Kami menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.15 pagi. Mangsa ke gunung ini…










