Pekerja Samsung di Korea Selatan lancar mogok 

Pekerja Samsung di Korea Selatan lancar mogok 

PEKERJA Samsung Electronics di Korea Selatan melancarkan mogok berhubung gaji.- NEW YORK TIMES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Golongan pekerja di gergasi teknologi, Samsung Electronics di Korea Selatan melancarkan mogok buat pertama kali di syarikat itu, pada Jumaat.  

Kesatuan pekerja yang mewakili puluhan ribu pekerja berkata, pihak syarikat mengadakan sesi rundingan bersama pihak kesatuan berhubung soal gaji sejak Januari lalu, namun kedua-dua pihak gagal mencapai kesepakatan.

“Mogok pertama di Samsung Electronics berlaku semalam melalui penggunaan cuti berbayar dan difahamkan ramai pekerja mengambil bahagian.

“Sukar untuk memberikan angka yang tepat, tetapi apa yang saya lihat kehadiran di tempat kerja pada waktu pagi terdapat perbezaan ketara daripada biasa,” kata Ketua Kesatuan Elektronik Samsung Kebangsaan, Son Woo-mok.

Mogok di Korea Selatan adalah langkah pertama oleh pekerja bagi mendesak pihak majikan mereka. 

Firma penyelidikan pasaran yang berpangkalan di Taiwan, TrendForce berkata, mogok itu tidak akan memberi kesan kepada pengeluaran DRAM dan NAND Flash, termasuk menyebabkan sebarang isu penghantaran.

Samsung menyumbang sebahagian besar keluaran global cip mewah tetapi mogok itu membabitkan pekerja ibu pejabat bukan pekerja di barisan pengeluaran, kata TrendForce.

Selain itu, mogok itu hanya berlangsung sehari dan berlaku semasa tempoh percutian yang lama dirancang di Korea Selatan.

“Akhirnya syarikat sangat bergantung pada pengeluaran automatik dan memerlukan tenaga manusia yang minimum. 

“Oleh itu, mogok tidak akan memberi kesan besar ke atas bekalan cip memori masa hadapan,” kata TrendForce dalam satu laporan.

Menurut pengkritik, Samsung Electronics mengelak berdepan kesatuan pekerjanya selama hampir 50 tahun sehingga kadangkala menggunakan taktik ganas.

Pengasas Samsung, Lee Byung-chul yang meninggal dunia pada tahun 1987, sangat menentang kesatuan sekerja serta tidak akan membenarkan amalan itu berlaku di syarikatnya. 

Samsung Electronics adalah antara pembuat telefon pintar terbesar di dunia dan juga satu-satunya syarikat yang menghasilkan cip memori digunakan untuk kecerdasan buatan (AI), termasuk perkakasan AI teratas daripada peneraju industri seperti Nvidia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN