TUMPAT: Kerajaan memperluaskan skop Ops Tiris 3.0 dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekang penyeludupan barangan subsidi dan kawalan ke negara jiran. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ia melibatkan barangan seperti petrol RON95, minyak masak paket, gula putih bertapis, cecair gas LPG dan tepung gandum. “Ini merupakan salah satu penambahbaikan dalam usaha membendung aktiviti penyeludupan. “Pada masa sama kita juga akan bekerjasama dengan…










