KOTA KINABALU: Cubaan menyeludup masuk minuman keras pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan RM2.75 juta berjaya ditumpaskan di Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Isnin. Rampasan itu dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah melalui pemeriksaan ke atas enam kontena yang diikrarkan sebagai perkakas tangan, gerudi tangan, mentol lampu, pukat dan alatan aluminium. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd. Nasir Deraman berkata, minuman keras itu dibawa masuk dengan mengikrarkan kontena…









