PETALING JAYA: Malaysia dan China mendesak gencatan senjata segera yang berkekalan dilaksanakan di Gaza, Palestin selepas krisis kemanusiaan di wilayah tersebut semakin memburuk. Pada masa sama, kedua-dua negara bersahabat itu juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempertimbang permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam kenyataan bersama dikeluarkan berkata, kedua-dua pemimpin menzahirkan keprihatinan yang serius terhadap perang yang sedang…