Liga Muslim Sedunia sambut baik Armenia iktiraf Palestin

Liga Muslim Sedunia sambut baik Armenia iktiraf Palestin

AKTIVIS pro-Palestin mengibarkan bendera Palestin ketika demontrasi di Penjara Salt Lake County, di Utah, Amerika Syarikat (AS).- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Liga Muslim Sedunia (MWL) menyambut baik pengiktirafan rasmi Armenia terhadap negara Palestin.

Setiausaha Agung MWL, Dr. Mohammad Abdulkarim Al-Issa berkata, keputusan Armenia mencerminkan perubahan ketara dalam kesedaran antarabangsa mengenai perjuangan Palestin.

Beliau menegaskan resolusi itu menyerlahkan pengiktirafan global yang semakin meningkat terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan kenegaraan sendiri.

Mohammad Abdulkarim turut memuji negara-negara yang mengambil langkah ‘penting dan adil’ ini, selain turut menggesa semua negara mengikutinya dan bersolidariti dengan rakyat Palestin.

Jumaat lalu, Armenia mengumumkan memberi pengiktirafan terhadap negara Palestin dan menyatakan pendirian untuk mewujudkan keamanan serta kestabilan buat tempoh panjang di Asia Barat.

“Kami mengesahkan komitmen terhadap undang-undang antarabangsa, kesaksamaan antara negara, kedaulatan dan kewujudan secara aman, Republik Armenia mengiktiraf Palestin,” umum negara itu.

Armenia yang sedang berdepan konflik dengan negara jiran, Azerbaijan selama beberapa dekad, turut mengutuk tindakan tentera Israel di Gaza.

Selain Armenia, lebih 145 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan pengiktirafan terhadap Palestin termasuk Norway dan Sepanyol.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN