Landskap Taman Tasik Seremban perlu naik taraf - Utusan Malaysia

Landskap Taman Tasik Seremban perlu naik taraf

J. ARUL Kumar (tiga dari kiri) ketika meninjau keadaan kemudahan di Taman Tasik Seremban, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) perlu mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu kebersihan dan beberapa kerosakan kemudahan yang berlaku di Taman Tasik Seremban di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, selain itu keseluruhan kawasan itu yang melibatkan tasik, landskap, trek dan beberapa kemudahan lain juga perlu dinaik taraf.

“Taman Tasik Seremban ini suatu kawasan utama di tengah Bandar Seremban dan ramai yang berkunjung di situ bagi melakukan senaman setiap pagi dan petang.

“Selepas saya membuat tinjauan di kawasan itu, boleh dikatakan landskap, trek agak teruk juga. Sepatutnya kawasan utama di sesuatu bandar seperti di taman tasik dan kawasan sekitar perlu dijaga demi imej kepada negeri.

“Saya telah memaklumkan kepada Ahli-Ahli Majlis agar dalam belanjawan MBS tahun hadapan keperluan peruntukan untuk menaik taraf Taman Tasik Seremban ini perlu diberi keutamaan,” katanya.

Tambah beliau, peruntukan juga perlu diperoleh daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

“Sebagai perancangan jangka masa panjang juga, saya telah meminta MBS untuk menghidupkan kembalikan aktiviti malam di situ berdasarkan keperluan masyarakat setempat seperti yang dilakukan di Dataran Nilai,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×