SEREMBAN: Sebanyak 1,088 permit sembelihan luar dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan bagi pelaksanaan ibadah korban di negeri ini, tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia membabitkan pelaksanaan penyembelihan korban bagi 2,233 ekor lembu, 488 ekor kambing atau bebiri dan 56 ekor kerbau. “Jumlah ini membabitkan tujuh daerah dalam Negeri Sembilan iaitu…










