Jemaah haji China terima perentak jantung terkecil di dunia

Jemaah haji China terima perentak jantung terkecil di dunia

PERENTAK jantung bersaiz seperti kapsul dipasang tanpa memerlukan pembedahan besar dibuat.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Seorang jemaah haji China mendapat peluang kedua untuk hidup apabila menerima perentak jantung tanpa wayar terkecil dan paling canggih di dunia di Bandar Perubatan Raja Abdullah (KAMC), Mekah.

Pasukan perubatan memutuskan untuk memasang peranti itu menggunakan teknologi terkini sedia ada selepas pesakit mengalami pening yang teruk akibat aritmia jantung, lapor Arab News. 

Kluster Kesihatan Mekah berkata, perentak jantung seperti kapsul seberat 2.8 gram itu tidak memerlukan pesakit menjalani pembedahan besar kerana boleh menyelamatkan pesakit daripada mempunyai parut di dada.

“Prosedur itu berjaya diselesaikan dan pesakit kini berada di bawah pemerhatian rapi di unit rawatan rapi jantung,” katanya sambil menjelaskan keadaan jemaah terbabit stabil dan semakin pulih.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen Bandar Perubatan Raja Abdullah untuk menyediakan teknologi kos tinggi terkini dan canggih secara percuma kepada jemaah haji.

KAMC merupakan kemudahan perubatan terbesar di Arab Saudi dengan kapasiti 1,500 katil dan menawarkan perkhidmatan perubatan yang komprehensif kepada rakyat serta jemaah haji.

Kompleks perubatan ini memiliki bilik pembedahan digital tercanggih yang direka untuk memudahkan prosedur, menempatkan pakar bedah, pakar bius dan jururawat bilik pembedahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN