PETALING JAYA: Jahil dan tamak dua faktor utama masih ramai terpedaya dengan skim penipuan pelaburan yang ditawarkan terutamanya di media sosial. Mengikut rekod, sebanyak 2,281 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam tempoh lima bulan tahun ini dengan kerugian RM 270.5 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, walaupun pelbagai laporan didedahkan dan kempen dilakukan, namun masih ramai terpedaya dengan skim penipuan pelaburan. Menurut beliau, ini kerana kurang ilmu pengetahuan dan sifat tamak, selain teruja untuk mudah percaya terhadap pelaburan menjanjikan keuntungan sehingga ratusan kali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya