Israel luluskan operasi serangan di Lubnan

Israel lulus, bersiap-siap untuk serang Lubnan pula

lubnan
KERETA kebal Israel diletakkan di bahagian utara berhampiran sempadan dengan Lubnan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel memaklumkan rancangan operasi serangan di Lubnan sudah ‘diluluskan dan disahkan’, ketika pasukannya dan gerakan Hezbollah bertempur di sempadan.

Pegawai kanan tentera Israel ‘mengadakan penilaian situasi bersama Pasukan Utara’.

Sebahagian daripada penilaian itu, adalah mengenai rancangan operasi untuk serangan di Lubnan yang sudah diluluskan dan disahkan, kata tentera dalam kenyataan pada Selasa.

Hezbollah dan Israel bertempur hampir setiap hari sejak perang Gaza bermula selepas Hamas menyerang negara haram itu, pada 7 Oktober, tahun lalu.

Serangan itu bermula ketika Menteri Luar Israel, Israel Katz sebelum ini memberi amaran kepada Hezbollah bahawa kumpulan itu akan dimusnahkan sekiranya berlaku ‘peperangan sebenar’ antara dua pihak.

“Kita sangat hampir dengan saat penting ini apabila memutuskan untuk mengubah peraturan perang menentang Hezbollah dan Lubnan.

“Dalam perang sebenar, Hezbollah akan dimusnahkan dan Lubnan akan diserang dengan teruk,” menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Katz.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, rejim Zionis bersedia untuk operasi sengit di Lubnan sekiranya perlu, selain berjanji untuk memulihkan keselamatan di sempadan utara negara itu.

Utusan khas Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein berada di Lubnan pada Selasa, sehari selepas bertemu dengan pemimpin Israel, yang bertujuan untuk meredakan keadaan di sempadan Israel-Lubnan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN