PETALING JAYA: “Ingatkan dah selesai, rupa-rupanya bekalan beras tempatan masih hilang”. Itu reaksi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu hantaran di Facebook miliknya mengenai isu bekalan beras putih tempatan yang masih belum reda biarpun kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menangani masalah tersebut. Semalam Utusan Malaysia melaporkan, masyarakat terus mengeluh apabila sukar mendapatkan bekalan beras putih tempatan dan mereka terpaksa membeli beras import yang mahal. Terdahulu, Kerajaan…










