Ibu bapa Zayn Rayyan jalani rawatan psikologi - Peguam

Ibu bapa Zayn Rayyan jalani rawatan psikologi – Peguam

ZAIM Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didakwa mengabaikan Zayn Rayyan Abdul Matiin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu, sedang menjalani rawatan psikologi.

Peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu kepada kanak-kanak itu berkata, pasangan itu menjalani rawatan terbabit selepas kejadian tragis yang berlaku ke atas anak sulung mereka.

“Saya percaya depresi ini sudah berlaku sebelum (ditahan reman) lagi. Mana-mana keluarga apabila kehilangan orang tersayang sudah tentu akan mengalami depresi.

“Saya percaya dari awal kes (mereka) sudah mendapatkan rawatan terutama ibu bapa kepada Zayn Rayyan. Apatah lagi mempunyai anak autisme seorang lagi iaitu Mateen,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari (tertuduh pertama) dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mereka didakwa secara bersama di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Pasangan berusia 29 tahun itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh kanak-kanak autisme itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×