PETALING JAYA: Hospital di Gaza tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang mengalami kecederaan dan terkena jangkitan akibat serangan bertali arus oleh tentera Israel yang tidak nampak kesudahannya. Perkara itu didedahkan seorang sukarelawan, susulan serangan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan Israel telah memusnahkan hampir keseluruhan fasiliti dan kemudahan perubatan di sana. Menurut Nurul Ain Haron, 37, pakar perubatan di Gaza mengalami kekurangan stok bekalan ubat-ubatan yang besar sehingga menjejaskan…