Gelombang hijau tidak tergugat - Hashim Jasin

Gelombang hijau tidak tergugat – Hashim Jasin

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan, Kerajaan Perpaduan sukar untuk menggugat kebangkitan ‘gelombang hijau’ yang dijangka berterusan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hashim berkata, Perikatan Nasional (PN) yang akan mengetengahkan calon dari Pas, diyakini akan mempertahankan kerusi tersebut.

Katanya, dalam suasana politik ketika ini dan kekecewaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan, bakal memberi kelebihan kepada PN dan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menyekat gelombang hijau sememangnya sukar.

Ujarnya, jentera Pas juga akan berusaha habis-habisan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PN dalam PRK berkenaan.

“Gelombang hijau ini masih kuat dan sukarlah untuk PH nak gugat terutama di Sungai Bakap. Apa jua keputusan nanti kita terima namun, kita masih berkeyakinan mempertahankan kerusi ber­kenaan,” katanya.

Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan, kemenangan Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap nanti dianggap penting kerana ia umpama jatuhan domino pertama untuk menghalang kebangkitan ‘gelombang hijau’ ketika ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim dilaporkan berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap boleh menjadi satu daripada manifestasi kebangkitan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi hati rakyat.

Sebelum itu, Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan calon PKR akan mewakili Kerajaan Perpaduan dalam PRK tersebut selepas kesemua kepimpinan kerajaan negeri sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat khas.

Sementara itu, Hashim memberitahu, Majlis Syura memberi mandat kepada Presiden dan Timbalan Presiden dalam soal pemilihan calon dalam PRK berkenaan.

“Terpulang kepada Pas negeri mengemukakan senarai calon yang kemudian akan diputuskan oleh kepimpinan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN