KOTA BHARU: Dua pembantu penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM4,300 untuk tidak memeriksa lori barangan dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), empat tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Mohd. Faizul Mat Nasir,34, dan Mohamad Rasul Mohd. Zukri, 34, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di…