MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memasang dua kipas besar berhampiran air pancut Ratu Victoria di hadapan Bangunan Stadthuys, Bandar Hilir di sini, selewat-lewatnya minggu depan. Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, ia dipasang bagi menjadikan kawasan sekeliling tumpuan pelancongan itu sejuk dan dingin pada setiap masa. “Idea tersebut diberikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh kerana mahu pelancong datang ke sini berasa lebih selesa. “Ini adalah…










