Dua beranak cipta dron terpantas di dunia

Dua beranak cipta dron terpantas di dunia

GAMBAR dron terpantas buatan Luke dan bapanya, Mike yang memecahkan rekod dunia.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN: Dua beranak dari Afrika Selatan mencipta dron terpantas di dunia dengan purata kelajuan tertinggi 480.34 kilometer sejam (kmj), sekali gus memecahkan Rekod Dunia Guinness.

Peregreen 2, dron buatan Luke Maximo Bell dan bapanya, Mike berjaya memadam rekod kelajuan model terdahulu yang mencapai 397.5 kmj.

Luke dan Mike berulang kali menguji ciptaan dron mereka selepas melalui proses pembuatan dan pengujian yang sukar dan memakan masa.

Dron itu mengalami kebakaran elektrik selama pengujian bateri pertamanya selain terpaksa menukar wayar lebih tebal untuk mencapai kelajuan maksimum.

Kegagalan beberapa kali sebelum ini mendorong Luke dan bapanya menghabiskan waktu berminggu-minggu untuk menguji, mencetak tiga dimensi (3D) dan mereka bentuk prototaip baru untuk dron tersebut.

Peregreen 2 adalah gentian karbon bercetak 3D yang dikendalikan dengan bateri dan alat kawalan jauh.

Untuk mencipta rekod, mereka menerbangkan Peregreen 2 dalam empat kali putaran dengan dua putaran terpantas mencatatkan kelajuan tertinggi sebenar 510.16 kmj dan purata 480.34 kmj.

Dron ciptaan dua beranak itu berjaya mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang Ryan Lademann yang hanya mampu merekodkan kelajuan 360.5 kmj.

Mike adalah seorang arkitek yang mereka bentuk Stadium Mbombela, tempat berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2010 manakala anaknya seorang pencipta kandungan dan duta kepada Sony, pakar dalam menyemak dron serta kamera di YouTube dan Instagram.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN