Dipecat kerana isu Gaza, bekas jurutera Meta fail saman

Dipecat kerana isu Gaza, bekas jurutera Meta fail saman

META sangkal pemecatan Ferras Hamad berlaku kerana berat sebelah.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang jurutera perisian warga Palestin yang bekerja di Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap gergasi media sosial Meta, minggu ini kerana mendakwa syarikat itu memecat dirinya secara tidak sah.

Ferras Hamad berkata, Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, mendiskriminasi dan memecatnya selepas dia menyiasat dakwaan pengguna berhubung tindakan syarikat itu menapis pencipta kandungan dan aktivis Palestin.

Lapor NBC yang memetik tuntutan mahkamah difailkan Hamad, lelaki itu disiasat dan ditamatkan perkhidmatan kerana berasal dari Palestin atau alasan kerana seorang Muslim, selain tindakannya menyiasat dakwaan penapisan.

Menurut saman itu, dia dipecat walaupun tugas menjalankan siasatan adalah sebahagian daripada tugas hakikinya.

Tuntutan itu mengatakan Hamad sebagai mangsa baharu Meta, sekaligus menyaksikan sikap berat sebelah dan anti-Palestin pihak syarikat.

Bagaimanapun, Meta mengeluarkan kenyataan bagi menyangkal dakwaan Hamad dan menjelaskan dia dipecat kerana melanggar ‘dasar akses data yang ditetapkan kepada pekerja yang akan menyebabkan penamatan serta-merta’.

Syarikat itu juga menyangkal pemecatan Hamad berlaku kerana berat sebelah.

Bagaimanapun, peguam mewakili Hamad menegaskan anak guamnya tidak melanggar sebarang dasar syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN