Calon Presiden Iran tarik diri menjelang hari pengundian

Calon Presiden Iran tarik diri menjelang hari pengundian

AMIRHOSSEIN Ghazizadeh-Hashemi menarik diri menjelang Pilihan Raya Presiden Iran, esok.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Naib Presiden Iran, Amirhossein Ghazizadeh-Hashemi menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang dijadualkan berlangsung, esok.

Beliau menjadi calon pertama yang berundur bagi membolehkan penyokong tegar bergabung dengan calon perpaduan dalam undian untuk menggantikan Presiden Ebrahim Raisi.

Ghazizadeh, 53, menarik balik pencalonannya semalam, dan menggesa calon lain melakukan perkara sama supaya ‘barisan revolusi diperkukuhkan, lapor agensi berita IRNA.

Selain berkhidmat sebagai salah seorang Naib Presiden di bawah kepemimpinan Presiden Raisi, beliau juga adalah Ketua Yayasan Syuhada dan Hal Ehwal Veteran.

Ghazizadeh pernah bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2021 dan memperoleh hanya kurang sejuta undi, menduduki tempat terakhir.

Pengunduran di saat akhir adalah perkara biasa dalam Pilihan Raya Presiden Iran, terutamanya 24 jam terakhir sebelum pengundian diadakan.

Susulan keputusan itu, kini hanya lima calon yang kekal bertanding, namun penganalisis secara umum melihat ia pertandingan tiga penjuru.

Calon utama untuk jawatan itu ialah Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf; bekas perunding nuklear, Saeed Jalili dan satu-satunya reformis, Massoud Pezeshkian.

Tarikh pilihan raya presiden itu sepatutnya pada 2025, tetapi diadakan lebih awal selepas pemegang jawatan tersebut, Ebrahim Raisi meninggal dunia dalam nahas helikopter pada bulan lalu.

Ia diadakan ketika Tehran bergelut dengan kesan ekonomi akibat sekatan antarabangsa di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak berhubung perang di Gaza.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN