CAIR kecam undang-undang Tajikistan haramkan hijab

CAIR kecam undang-undang Tajikistan haramkan hijab

INDIVIDU yang memakai tudung di Tajikistan boleh didenda sehingga RM3,298.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, Council on American-Islamic Relations (CAIR) mengecam undang-undang baharu Tajikistan yang bertujuan melarang pemakaian tudung dalam kalangan wanita di negara berkenaan.

Pengarah Penyelidikan dan Advokasi CAIR, Corey Saylor menyatakan kebimbangan terhadap implikasi undang-undang sedemikian dan menyifatkannya sebagai pelanggaran serius terhadap kebebasan beragama.

“Mengharamkan hijab adalah pencabulan kebebasan beragama dan larangan seperti itu tidak sepatutnya diamalkan di mana-mana negara yang menghormati hak rakyat mereka,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, Saylor turut menegaskan komitmen pertubuhan itu untuk mempertahankan hak umat Islam setempat dan luar negara.

Katanya, CAIR mengecam undang-undang zalim dan bentuk penindasan tersebut, sekali gus menggesa kerajaan Tajik untuk menarik balik keputusan berkenaan.

Menurut laporan media, di bawah undang-undang itu, individu yang memakai tudung atau pakaian agama terlarang lain di Tajikistan boleh didenda sehingga AS$700 (RM3,298).

Sementara, syarikat yang membenarkan pekerjanya memakai pakaian itu boleh berdepan penalti sebanyak AS$3,500 (RM16,494).

Pegawai kerajaan pula tertakluk kepada denda yang lebih tinggi antara AS$4,800 hingga AS$5,100 (RM22,620 hingga RM24,034), jika didapati melanggar undang-undang sekatan.

Menurut penyelidikan Pew Research Group, daripada populasi Tajikistan yang berjumlah kira-kira 10 juta, 98 peratus daripadanya dikenal pasti sebagai muslim.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini