SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan akan bertindak tegas termasuk membatalkan permit mana-mana institut memandu yang dikesan terlibat dalam sindiket yang menawarkan ‘lesen terbang’. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, pihaknya akan memantau perkara tersebut dalam memastikan industri institut memandu bebas daripada gejala negatif berkenaan. “Kita tidak mahu lagi ada mana-mana institut memandu yang cakap tak payah datang pun boleh dapat lesen ataupun disebut ‘lesen terbang’, kita mahu lawan habis-habisan. Mana-mana institut memandu…