Azam henti tindakan saman RM10j terhadap Lalita

Azam henti tindakan saman RM10j terhadap Lalita

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menghentikan tindakan saman fitnah RM10 juta terhadap Penyelidik Kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), K. Lalita.

Pada 12 Januari 2022, Azam memfailkan saman itu kepada Lalitha berhubung penerbitan artikel ‘Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?’ berkaitan pembelian saham yang disiarkan portal agensi berita Independent News Service (INS).

Kes itu sepatutnya mula dibicarakan pada 9 Julai ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir.

Menurut Notis Pemberhentian bertarikh 11 Jun lalu, Azam memberhentikan tindakan itu  tanpa prejudis dan tanpa sebarang  pengakuan daripada kedua-dua pihak.

Pemberhentian itu juga dibuat tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman serupa dan tanpa perintah terhadap kos.

Notis terbabit difailkan peguam cara Azam daripada firma guaman Tetuan Zain, Megat & Murad, dan ditandatangani secara bersama oleh peguam Lalitha daripada firma guaman Tetuan Khairuddin, Ngiam & Tan.

Menurut penyataan tuntutan Azam, kenyataan berbaur fitnah yang diterbitkan oleh Lalitha adalah untuk memperlekehkan nama baik, reputasi dan kedudukan plaintif sebagai seorang individu dan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Penerbitan artikel-artikel terbabit juga didakwa berniat untuk menimbulkan kebencian terhadap plaintif dan bertujuan untuk menghancurkan karier Plaintif selaku pegawai tertinggi kerajaan yang sentiasa mempunyai rekod yang bersih dan kredibiliti yang baik.

Oleh itu, Azam memohon satu perintah injunksi bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah itu diterbitkan semula dalam apa juga cara.

Plaintif turut memohon agar defendan memadamkan artikel dan ciapan dalam tempoh masa tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf yang akan diterbitkan dalam akhbar atau media sosial pilihan Azam.

Azam turut memohon ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

Sementara itu, Lalitha menerusi pernyataan pembelaan difailkan pada 3 Februari 2022, mendakwa kandungan artikel dan ciapannya membabitkan Azam diperoleh daripada sumber yang sah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×