KINSHASA: Sekurang-kurangnya 86 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 270 penumpang terbalik di sungai berhampiran Kinshasa, Congo, kata Presiden Felix Tshisekedi semalam.
Ia merupakan insiden kemalangan bot terbaharu di negara Afrika tengah itu, yang berpunca akibat terlebih muatan, selepas kejadian sama pada Februari lalu.
Tshisekedi dalam kenyataan berkata, bot buatan tempatan itu terbalik dalam kejadian pada Isnin di wilayah Mai-Ndombe di sepanjang Sungai Kwa.
Bot itu membawa 271 penumpang ke Kinshasa dan rosak akibat kegagalan enjin, menurut Radio Okapi yang disokong PBB yang memetik Ren Maker, Pesuruhjaya Air di daerah Mushi tempat kejadian berlaku.
Maker berkata, 86 penumpang meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya berenang ke darat, kira-kira 70 kilometer berhampiran bandar terdekat Mushie.
Katanya, bot berkenaan melanggar tebing sungai dan pecah.
Pegawai Congo sering memberi amaran terhadap risiko muatan berlebihan dan berjanji akan mengenakan tindakan terhadap mereka yang melanggar langkah keselamatan pengangkutan air.- AGENSI










