TELUK INTAN: Semarak Islam bergema pada Malam Kesenian sempena Temasya Budaya Negeri Perak 2024 di Kompleks Menara Condong dengan kehadiran 3,000 pengunjung pada ceramah agama oleh pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias. Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Abd Rashid Abdullah, kehadiran pengunjung pada ceramah tersebut ternyata di luar jangkaan malah lebih istimewa mereka yang hadir dapat menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di dataran tersebut.…