2 suri rumah ‘harap’ bantuan Perkeso

2 suri rumah ‘harap’ bantuan Perkeso

Ronah Buang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua suri rumah menghidap penyakit angin ahmar dan kencing manis sehingga tidak boleh berjalan merayu bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk menampung kos perbelanjaan perubatan harian.

Mereka yang pernah bekerja ketika usia muda sebelum berhenti selepas mendirikan rumah tangga tidak mengetahui layak untuk membuat permohonan mendapatkan faedah caruman setelah tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit kronik tersebut.

Raonah Buang, 53, yang tinggal di Parit Jidin, dekat sini berkata, selepas diserang angin ahmar sehingga menyebabkan lumpuh dari paras pinggang ke bawah kira-kira dua tahun lalu, dia tidak pernah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Perkeso.

Katanya, sepanjang ttempoh tersebut dia hanya bergantung dengan pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pejabat kerajaan termasuk untuk membiayai kos keperluan kesihatan termasuk lampin pakai buang.

“Dengan gaji itulah dia menyediakan perbelanjaan untuk saya serta seorang anak yang masih bersekolah di tingkatan tiga. Ada juga usaha untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak berjaya,” katanya.

Nasib sama dialami Rozila Onan, 46, yang tinggal di Kampung Bintang, Peserai apabila hilang upaya bekerja selepas dua jari kaki kirinya dipotong serta tulang kaki kanannya rapuh akibat menghidap ken­cing manis.

Rozina Onan

Keadaan itu berlaku sejak tiga tahun lalu dan dia tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Perkeso walaupun pernah be­kerja ketika usia muda.

“Saya tidak menyalahkan Perkeso kerana tidak mendapat sebarang bantuan, namun tidak tahu masih layak membuat permohonan selepas sudah terlalu lama berhenti kerja. Kini semua keperluan kesihatan saya dan seorang anak orang kurang upaya (OKU) ditanggung sepenuhnya oleh suami daripada hasil pendapatan berniaga makanan,” katanya.

Kedua-dua suri rumah tersebut ditemui oleh Utusan Malaysia pada majlis penyampaian bantuan barangan keperluan harian dan kesihatan oleh Persatuan Infak Kasih Prihatin di Pasaraya Aeon Big, Batu Pahat semalam.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin membantu kedua-dua suri rumah ini boleh meng­hubungi talian 017-7073196 (Raonah) dan 010-5458835 (Rozila). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×