KULAI: Seorang wanita tempatan berusia 47 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh badannya selepas diserang empat individu lelaki yang bertindak mahu menyamun mangsa di depan rumahnya sendiri di Taman Lagenda Putra, di sini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut oleh suami mangsa pada 9.30 malam, kelmarin. “Berdasarkan laporan tersebut, mangsa telah ditumbuk dan diseret suspek ke atas jalanraya sebelum cuba…










