KUANTAN: Kerajaan berhasrat menyediakan ‘tablet’ percuma kepada semua murid dan guru sekolah dalam usaha memperkasakan pembelajaran teknologi digital di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan dibuat berfasa berdasarkan peruntukan diterima kerana tablet amat diperlukan apabila kaedah pembelajaran telah berubah kepada digital. “Walaupun kita tahu kekangan kewangan menjadi faktor utama, ia boleh dibuat secara berfasa dan insya-Allah saya akan mendokong semua program yang…