JOHOR BAHRU: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan dua kenderaan buruk sebagai tempat simpanan terbongkar apabila dua lelaki ditahan dalam empat serbuan berasingan di bandar raya ini antara 16 hingga 20 Mei lalu. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, lelaki berusia 35 dan 36 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah dan jenayah dengan salah seorang positif dadah. “Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan dua kenderaan buruk dengan salah sebuah diletakkan di lorong belakang rumah untuk menyimpan dadah. Suspek kemudian akan ke kereta tersebut untuk mengambil dadah sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya