Nenek 75 tahun dan tiga lelaki didakwa edar dadah

Nenek 75 tahun dan tiga lelaki didakwa edar dadah

CHAN AH MOI didakwa memiliki dan mengedar dadah bersama tiga lelaki termasuk adiknya di Mahkamah Majistret, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang nenek dan tiga lelaki, termasuk adiknya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah awal bulan ini.

Chan Ah Moi, 75, Chan Chui Lai, 59, Tan Shee Seing, 50, dan Lim Huang Kin, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati, namun  tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama didakwa mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine M-D-M-A seberat 23,572.74 gram dan 532.59 gram serta kanabis 362.02 gram.

Chui Lai turut berdepan satu lagi pertuduhan mengedar dadah jenis M-M-D-A seberat 1638.81 gram.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, di mahkamah sama, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin seberat 236.6 gram.

Chui Lai turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memiliki dadah jenis Nimetazepam seberat 275 gram.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN