KLANG: Cubaan sindiket menyeludup ratusan skuter elektrik dari Eropah untuk dilupuskan di negara ini gagal selepas dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Barat di sini, 20 Mac lalu. Kesemua skuter terpakai yang diikrarkan sebagai aloi aluminium itu dipercayai mahu dihantar kepada pihak tertentu menerusi kontena bagi pelupusannya. Namun, helah itu berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit Dua (Selangor) yang menjalankan pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena di…










