HULU SELANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao mahu mendahulukan penyelesaian masalah tempatan seperti jalan gelap dan rosak serta aduan-aduan lain selepas dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu, semalam. Menurutnya, aduan-aduan tersebut diterima sepanjang berkempen selama dua minggu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan dan akan diberi keutamaan sebelum melaksanakan manifestonya. “Dalam manifesto, saya akan mendahulukan masalah tempatan yang mana perkara kecil walaupun ada…










