RM37.5 juta kos penyediaan makanan untuk jemaah haji Malaysia

RM37.5 juta kos penyediaan makanan untuk jemaah haji

SYED Saleh ketika meninjau satu daripada dapur syarikat pengendali makanan yang dilantik Tabung Haji di Mekah, Arab Saudi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Sebanyak SRA30 juta (RM37.5 juta) diperuntukkan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menampung kos penyediaan makanan kepada semua jemaah haji Malaysia musim ini.

Ketua Rombongan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kos tersebut meliputi keseluruhan 31,600 orang jemaah membabitkan lapan syarikat penyedia makanan di Mekah dan Madinah.

Katanya, kos penyediaan makanan dapat dikekalkan walaupun berlaku peningkatan pelbagai harga bahan mentah dan cukai daripada kerajaan Arab Saudi.

“Ini menjadi perkara mencabar bagi kami untuk menangani kos dan pada masa sama menyediakan perkhidmatan berkualiti,” katanya kepada Petugas Media TH di sini semalam.

Dalam pada itu Syed Saleh berkata, TH menyediakan sebanyak 3.2 tan beras untuk hidangan tengah hari dan malam setiap hari.

“Kita juga perlu sediakan lima tan protein terdiri ikan, ayam dan daging serta 2.5 tan sayur untuk keperluan jemaah kita.

“Jumlah ini meliputi 42 jenis menu yang berbeza untuk jemaah haji meliputi makan tengah hari dan malam,” jelasnya.

Syed Saleh berkata, Riyadh mempunyai standard piawaian bagi memastikan kualiti makanan untuk jemaah di tahap terbaik.

Katanya, syarikat penyedia makanan mestilah memenuhi standard antarabangsa persijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) selain pemeriksaan Unit Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN