Razman dipanggil polis bantu siasatan perkataan kafir

Razman dipanggil polis bantu siasatan perkataan kafir

RAZMAN Zakaria (tengah) hadir di IPD Kerian di Bagan Serai semalam untuk diambil keterangan berhubung satu akaun di media sosial mengenai isu penggunaan perkataan kafir. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menafikan akaun Facebook dan hantaran dalam akaun itu mengenai isu perkataan kafir miliknya atau mempunyai kaitan dengan beliau.

Menurutnya, beliau sudah memberikan keterangan itu kepada pihak polis ketika diminta hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung hantaran berkaitan isu itu dalam media sosial.

“Saya dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan berhubung satu akaun dalam media sosial mengenai kandungan hantarannya yang berkait dengan isu penggunaan perkataan kafir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tiada kaitan apa-apa dengan akaun tersebut. Tiada isu untuk mengaitkan saya dengan akaun tersebut yang dikatakan menghina Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Saya berada di IPD Kerian lebih kurang sejam. Saya ditanya adakah akaun itu akaun saya. Ia bukan akaun saya, tak boleh hendak kaitkan dengan saya dan penulisan dalam akaun itu pun bukan penulisan saya

“Saya tidak tahu mengenai akaun itu. Cerita itu (isu perkataan kafir) viral, semua orang tahu jadi ia akan lalu di Facebook, saya pun baca, itu perkara biasa,” katanya selepas memberikan keterangan.

Sebelum ini, Fadhlina membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran hantaran berbaur fitnah terhadapnya di laman sosial.

Ia merujuk kepada satu vi­deo tular memaparkan Fadhlina yang didakwa menolak penggunaan label kafir ketika berucap dalam satu majlis.

Fadhlina berkata, beliau telah menerima kata-kata berbaur kebencian, tuduhan tidak benar malah ancaman keselamatan dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini