Ragbi: Pasukan Pilihan Pahang U21 bertemu Merthyr RFC U21 dari Wales 30 Mei ini - Utusan Malaysia

Ragbi: Pasukan Pilihan Pahang U21 bertemu Merthyr RFC U21 dari Wales 30 Mei ini

TUN PUTERA ABDUL MUBIN SHAH Munir (dua dari kiri) dan Naib Presiden KRNP, Kamarul Hafizad Kamaruddin (dua dari kanan) menunjukkan poster promosi siri jelajah perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan Merthyr RFC U2 dari Wales dengan Pasukan ragbi Pilihan Pahang U21 di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pasukan ragbi Pilihan Pahang U21 akan bertemu Merthyr RFC U21 dari Wales dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 30 Mei ini di Stadium Darul Makmur di sini.

Perlawanan yang akan diadakan bermula pukul 8 malam itu kali adalah pertama dalam sejarah ragbi Pahang bermain di stadium berkenaan.

Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP), Datuk Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir berkata, terima kasih kepada kelab ragbi Malaysia, Cobra apabila membuka ruang kepada Pilihan Pahang U21 menentang Merthyr RFC U21 yang merupakan pasukan cukup disegani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan pendedahan yang cukup baik kepada pasukan ragbi Pahang yang berpeluang mendapat pengalaman peringkat tinggi dan antarabangsa.

“Seluruh peminat ragbi di negeri ini dan tanah air dijemput hadir ke Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan yang bersejarah ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Tun Putera Abdul Mubin Shah yang juga Chef De Mission (CDM) pasukan Sukma Malaysia (Sukma) Pahang untuk temasya Sukma 2024 di Sarawak berkata, perlawanan persahabatan antarabangsa tersebut akan turut disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Ragbi Online.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya bersyukur ke hadrat Allah SWT apabila KRNP akhirnya memiliki pejabat korporat sendiri di bangunan Stadium Darul Makmur di sini.

“Sejak saya mula memegang amanah sebagai Presiden KRNP pada 11 Jun 2022, kami memang mengimpikan sebuah pejabat korporat sebagai imej dan tempat operasi urusan pentadbiran kesatuan. Alhamdulilah ia menjadi kenyataan.

“Pejabat ini menjadi penanda aras perancangan aktiviti kesatuan pada masa akan datang, kerjasama baik bersama penaja Concrete Canvas membuktikan ia perlu dilakukan bagi memastikan operasi KRNP berjalan lancar,” ujarnya.

Sementara itu katanya, KRNP sepanjang tahun lalu menjalankan hampir 15 program meliputi kejohanan dalaman, kejohanan luar kursus kepengadilan, kursus perubatan dan program pembangunan akar umbi.

“Program ini hasil sokongan kerajaan negeri Pahang, Majlis Sukan Pahang (MSP), Jabatan Belia dan Sukan, agensi-agensi dan syarikat korporat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini