KUANTAN: Pasukan ragbi Pilihan Pahang U21 akan bertemu Merthyr RFC U21 dari Wales dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 30 Mei ini di Stadium Darul Makmur di sini. Perlawanan yang akan diadakan bermula pukul 8 malam itu kali adalah pertama dalam sejarah ragbi Pahang bermain di stadium berkenaan. Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP), Datuk Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir berkata, terima kasih kepada kelab ragbi Malaysia, Cobra apabila…