SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah mencuri kenderaan jenis pacuan empat roda (4×4) di negeri ini menerusi penahanan empat individu warga tempatan termasuk seorang wanita pada 21 Mei lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kesemua mereka yang masing-masing berusia di antara 30 hingga 43 tahun itu yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kereta 4×4 jenama Toyota Hilux di Negeri Sembilan telah ditahan di…










