Tanaman padi musim kedua di Pasir Mas bermula Jun ini

Tanaman padi musim kedua di Pasir Mas bermula Jun ini

TUAN Mohd. Saripudin Tuan Ismail ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Veterinar Peringkat Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. ROSMIZAN RESDI/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja menanam padi di Kelantan untuk musim kedua bagi tahun 2024 di jajahan Pasir Mas khususnya Lemal dan Mekasar akan bermula pada Jun ini 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri,Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, segala persiapan dan perbincangan untuk kerja-kerja tersebut telah dilakukan bersama kumpulan petani, ketua unit, Kumpulan Pengguna Air (KPA) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

“Jadual penanaman padi kali ini adalah tidak selaras dan serentak kerana dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu sahaja berdasarkan sumber air yang ada.

“Bagi permulaan proses menabur ia akan dimulakan di kawasan Pasir Mas iaitu Mekasar dan Lemal kerana kawasan ini tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber air daripada Sungai Kelantan ,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Veterinar Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Perkarangan Kompleks Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Tuan Mohd. Saripudin memberitahu, pihaknya juga telah membuat pelbagai persiapan termasuk membantu menyalurkan bekalan air kepada petani.

“Kita telah menambah pam-pam yang berkuasa tinggi untuk menyedut sumber air dari parit dan tali air untuk disalurkan ke kawasan sawah yang memerlukan bekalan air.

“Pada masa sama, kita juga sedang mengambil laporan daripada petani yang terjejas akibat tanaman rosak ekoran musim panas ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN