Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur belum berani laksana harga tiket bas eksekutif

Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur belum berani laksana harga tiket bas eksekutif

CHE Ibrahim Che Ismail (kiri) beramah mesra dengan pengamal media Kelantan yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri E-Mutiara di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dilihat masih belum berani untuk melaksanakan harga tiket bas eksekutif walaupun berdepan dengan peningkatan kos ketika ini.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail berkata, rata-rata pengusaha mengambil sikap tunggu dan lihat dalam melaksanakan perkara tersebut walaupun negeri-negeri lain sudah mengenakan kadar tambang eksekutif.

Menurutnya, situasi tersebut menyaksikan berlaku persaingan yang hebat di Pantai Timur apabila ada pengusaha bas tidak memperaktikan perkara tersebut.

“Mereka masih menggunakan harga sedia ada sehingga ada pengusaha yang terpaksa gulung tikar kerana mengalami kerugian,”katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri E-Mutiara di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka akan menaikan harga tiket bas eksekutif pada kadar peratus 42 peratus sebagaimana yang telah diputuskan menerusi perbincangan membabitkan pemain industri di kawasan ini.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, pelaksanaan melibatkan bas yang mempunyai kerusi 2+1 di setiap barisan itu sudah pun dilaksanakan di negeri lain.

Dalam perkembangan lain, Che Ibrahim memberitahu, pihaknya bercadang untuk menambah bas untuk perkhidmatan bas henti-henti atau dikenali sebagai Mutiara Rentas Desa (MRD).

Katanya, bagaimanapun perkara itu akan diputuskan bergantung kepada kelulusan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Setakat ini, APAD telah membuat pertemuan bersama kerajaan negeri untuk penyediaan beberapa kemudahan infrastruktur untuk perkhidmatan MRD.

“Antara kemudahan infrastruktur itu termasuklah stesen bas, terminal bas serta penyediaan pondok bas di setiap laluan MRD,”katanya.

Che Ibrahim berkata, setakat ini sebanyak 27 buah bas telah disediakan untuk perkhidmatan MRD yang membabitkan 13 laluan iaitu sehingga Kampung Raja, Besut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya