MACHANG: Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah dicekup bersama pil yaba bernilai RM9,225 di sebuah bangsal kayu di dalam kebun sawit jalan lama Kota Bharu-Kuala Krai, di sini malam tadi. Suspek berusia 44 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 11.15 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang. Ketua Polis Daerah Machang, Superintanden Ahmad Shafiki Hussin berkata, hasil pemeriksaan ke atas tubuh…










