TELUK INTAN: Penduduk Kampung Batu 9, Jalan Changkat Jong di sini mendakwa kawasan kediaman mereka kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat dengan insiden terbaharu berlaku semalam. Keadaan itu meresahkan penduduk yang mendakwa kawasan mereka mudah dinaiki air apabila hujan, dipercayai disebabkan sistem saluran air yang tidak sempurna di kawasan mereka. Kampung itu antara kawasan yang dinaiki banjir semalam menyebabkan 42 mangsa daripada 10 keluarga di daerah Hilir Perak dipindahkan…










