PDRM siap siaga, perketat kawalan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan, fasiliti berkepentingan

PDRM siap siaga, perketat kawalan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan, fasiliti berkepentingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Semua peringkat kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan petugas lapangan diingatkan mengambil langkah-langkah komprehensif semasa menjalankan tugas dengan mematuhi pekeliling, prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa yang dikeluarkan.

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, penegasan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selepas pasukan keselamatan itu amat memandang serius terhadap beberapa insiden serangan dan ancaman yang berlaku di tempat awam termasuk beberapa lokasi sensitif serta premis-premis kerajaan baru-baru ini.

Kata beliau, insiden yang berlaku di beberapa lokasi seluruh negara ini menimbulkan kegusaran masyarakat umum mengenai tahap keselamatan dan ketenteraman negara.

“Sebagai usaha berterusan memastikan keselamatan awam terpelihara, PDRM sentiasa bersiap siaga dan telah memperketat kawalan keselamatan pada tahap tertinggi di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam dan fasiliti berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmi menyeru masyarakat supaya terus bekerjasama untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu keselamatan negara kepada pihak berkuasa.

Kata beliau, PDRM tidak akan bertolak ansur kepada anasir yang cuba mengancam keselamatan dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Tindakan tegas berlandaskan lunas undang-undang akan diambil tanpa mengira status dan latar belakang mereka terlibat.

“PDRM memberi jaminan keselamatan awam negara berada pada tahap selamat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN