PBAKL: DBP tawar diskaun buku, majalah sehingga 50 peratus

PBAKL: DBP tawar diskaun buku, majalah sehingga 50 peratus

Pengunjung melihat buku yang dijual di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada hari pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus judul terbitan DBP dan majalah serendah RM1 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Tadbir Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Fairuz Yaacob berkata, diskaun yang ditawarkan untuk memberi peluang kepada pembaca dan orang ramai bagi mendapatkan buku-buku keluaran DBP ini.

“Kami mempamerkan dan menjual lebih dari 3,000 judul terbitan DBP dan menjual lebih daripada 10,000 naskhah sehari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan itu sahaja, kami turut menampilkan produk-produk utama kami antaranya, Kamus Dewan Perdana iaitu kamus terunggul, Manuskrip Hang Tuah dan kamus-kamus serta judul-judul lain dengan memberi diskaun sehingga 50 peratus dan majalah serendah RM1 sahaja.

“Buku yang dijual untuk diskaun 50 peratus ialah buku judul am terbitan tujuh tahun ke belakang untuk tahun 2018 dan tahun sebelum-sebelumnya sebab buku tersebut sukar didapati di pasaran sekarang.

“Produk utama kami iaitu Kamus Dewan Perdana adalah kamus terunggul yang kami usahakan untuk terbitannya lebih daripada 30 tahun. Jadi kamus tersebut adalah sebuah kamus yang lengkap, sukar didapati sebab harganya agak mahal tapi sempena PBAKL ini kami tawarkan diskaun sehingga 25 peratus untuk kamus Dewan Perdana tersebut,” katanya ketika ditemui di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL semalam.

Tambah Fairuz, tawaran harga seperti durian runtuh ini untuk memberi peluang kepada khalayak yang ingin mendapatkan buku terbitan DBP dengan harga yang berpatutan.

“Sekarang ini berlaku kemelesetan ekonomi, khalayak juga suka untuk mendapat bahan bacaan jadi tawaran diskaun ini sekali gus dapat menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

“Seperti yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan sempena Hari Guru yang lepas, diskaun sebanyak 30 peratus untuk guru tetapi dalam PBAKL kali ini, kami tawarkan lebih daripada itu,” katanya.

DBP akan mengadakan lebih 30 aktiviti dalam sehari sepanjang pesta ini berlangsung termasuk pelancaran promosi tukang cerita, majlis pelancaran Kenali Buku dan Bahasa kenali Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini