Operasi trafik besar-besaran di KL mulai 4 Jun - Utusan Malaysia

Operasi trafik besar-besaran di KL mulai 4 Jun

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi lalu lintas secara besar-besaran menerusi Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya (Op HUU) di ibu negara bermula 4 Jun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak 200 petugas terdiri daripada pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis dari jabatan dan daerah Kontinjen Kuala Lumpur terlibat

“Operasi akan berlangsung selama 12 hari dilaksanakan dengan konsep penguatkuasaan sepenuhnya.

“Operasi turut merangkumi tujuh kesalahan iaitu halangan lalu lintas, garisan putih, nombor pendaftaran, motosikal, didik, parkir haram, lampu merah serta penggunaan telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan pengguna lain termasuk menjaga imej Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat bandar raya. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Trafik KL di talian 03-20719999 / 03-20719777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 999,” ujarnya. – UTUSAN



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×