SEREMBAN: Pasukan Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) kini giat mencongak formasi sesuai menjelang pertembungan sulung Liga Super mereka menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada 18 Mei ini. Ketua jurulatih NSFC, Azzmi Ab. Aziz berkata, tumpuan kini adalah membentuk gandingan mantap untuk berdepan dengan juara 10 kali Liga Super itu di laman lawan. Katanya, pasukannya memahami tugas itu tidak mudah tetapi setiap pemain…










