MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menafikan laporan diterbitkan sebuah portal berita yang mendakwa dirinya kini disiasat mengikut Seksyen 16 (a) dan Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Ujarnya, pada perenggan keempat laporan yang diterbitkan semalam itu mendakwa, beliau terlibat dengan insiden rasuah yang dikatakan berlaku di sebuah yayasan di Kuala Lumpur. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, kenyataan berkenaan adalah tidak…










