Melaka tuan rumah sambutan Hari Belia Negara

Melaka tuan rumah sambutan Hari Belia Negara

ADAM ADLI Abd. Halim bersama tetamu kenamaan selepas merasmikan Majlis Pra-Pelancaran HBN Peringkat Kebangsaan di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Hari Belia Negara (HBN) yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir pada 25 Mei ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, HBN Peringkat Kebangsaan yang disambut setiap tahun akan berlangsung selama tiga hari dari 24 hingga 26 Mei.

Menurutnya, mengangkat tema ‘Yakin Boleh’, ia dijangka dihadiri kira-kira 30,000 belia dari seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“HBN merupakan pengiktirafan dan penghargaan khusus yang diberikan kerajaan buat golongan belia yang turut memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara.

“Kemuncak sambutan HBN selain kehadiran Perdana Menteri merasmikan pada malam 25 Mei itu adalah penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan.

“Penganjuran ini dijangka dapat memperkukuhkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030),” katanya pada Majlis Pra-Pelancaran HBN di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini, hari ini.

Tambah Adam Adli, sambutan peringkat negeri pula akan berjalan serentak dari 17 hingga 19 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×